Isnin, 22 Disember 2008

Usaha Ke Persada Realiti

Berusaha sudah semestinya…

Persada reality destinasi tujuan…

Inilah permulaan

Diriku untuk bersinar

Harapan mencari haluan

Jalan ke persada kejayaan

Cita-cita persada impian…

Langkah diperorak

Selangkah demi selangkah

Tekad usaha dipercorak

Keemasan persada

Impian harapan…

Gigih usaha diri ini

Mengenal reality fantasi

Cabaran dan dugaan,kini

Tetap ku lalui

Tetap ku harungi

Kelemahan dan kegagalan

Takkan datang berulang

Usaha tetap diteruskan

Gemuruh di hati bukan penghalang

Gagahku untuk berdiri

Medan perjuangan ditakluki

Genggam erat terus berlari

Menuju destinasi

Kejayaan semakin dihampiri

Usaha ke persada reality

Usaha ke persada reality…

1 ulasan:

  1. puisi ini diciptakan khas buat diri ini ketika mana saya jatuh, disisihkan, dimalukan dan sebagainya.... adakah ini yang dinamakan erti sebuah persahabatan...??? cuba anda semua bayangkan ketika itu, saya masih bertatih menyesuaikan diri dengan suasana yang baru, tapi kebanyakan kawan-kawanku yang "REMAJA" melakukan sesuatu yang memang diluarkan jangkaan saya. sebab itu juga, puisi ini dapat didedikasikan buat semua yang pernah jatuh dan cuba bangunkan diri seterusnya menggapai impian yang diimpikan oleh kita... benar atau tidak....saya akan ulaskan satu persatu isu remaja khas sebagai renungan buat kita...INSYAALLAH....

    BalasPadam